Thursday, September 4, 2008

Siapa Kita-Penumpang??? Siapa Ahmad Ismail-Pendatang???

Sambil saya melayari rockybru hari ini saya telah singgah sebentar di sebuah blog yg dinamakan shanghaifish dan terdapat satu artikel yg menarik perhatian saya walaupun ianya begitu panjang sekali sehingga saya terasa sakit tengkuk kerana terlalu lama asyik membaca apa yg ditulisnya itu.

Tidaklah saya sesekali bermaksud untuk mengkritik tetapi bagi saya ia boleh dijadikan sebagai panduan atau pengetahuan. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini.

Pada masa saya menyiapkan ini, saya terbaca berita terbaru yg mengatakan Ahmad Ismail (Ya dia, seorg Melayu beragama Islam) tidak akan memohon maaf atas kenyataan berhubung isu beliau mengatakan masyarakat Cina di Malaysia ini "penumpang"/"pendatang" kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan. Baginya, org yg melakukan kesalahanlah yg patut meminta maaf dan bukannya dia. Oh gitu rupanya. Habis tu yg Najib minta maaf tu untuk siapa? Saya rasa Najib minta maaf atas kesalahan dirinya yg tidak menegur Ahmad Ismail kerana mengungkapkan perkataan itu di depannya tempoh hari serta untuk kebodohannya dengan mengatakan beliau akan membasahi keris di tangannya dengan darah Cina (Cina Lagi). Apa dosa Masyarakat Cina di Malaysia sehingga dibenci begitu sekali? Apakah dgn bersama memajukan ekonomi Malaysia dan mendapat habuan yg sepatutnya menjadi satu kesalahan sehingga dibenci begitu sekali? Suka saya ingatkan sekali bahawa Tun Mahathir pernah mengatakan pembayar cukai di Malaysia 90% adalah bukan Bumputera. Harus diingat Masyarakat Cina Muslim di China yg berjumlah 56juta 2 kali ganda mengatasi jumlah keseluruhan penduduk Malaysia yg berjumlah 27juta.

Ini ditujukan khas kepada Ahmad Ismail.
Tiada siapa yg menumpang kerana ini ialah Bumi Malaysia dan kita semua dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia (tak seperti seorg tu dilahirkan di Arab tapi balik buat huru hara) . Allah tidak pernah menjadikan mana mana bangsa lebih baik dari bangsa lain kecuali ilmu serta amal ibadatnya. Itulah yg membezakan manusia di depan Allah dan bukannya warna kulit, keturunan serta bangsa.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah ungkapan yg paling sesuai ditujukan kepada Ahmad kerana org Melayu ini terkenal dgn budi bahasa dan ramah mesranya tapi AWAK tu adalah pemimpin maka AWAK telah merosakkan imej org Melayu dan AWAK memalukan bangsa Melayu. Tidak ada seorang kawan saya yg berbangsa Melayu pun yg memanggil saya penumpang malah mereka lebih baik dari AWAK walaupun mereka ini rakyat biasa dan tidak mempunyai gelaran Datuk seperti AWAK. Piiiiirraaahhhhh.......

No comments: