Tuesday, September 2, 2008

Bumiputra, Bukan Bumiputra dan Peribumi...Kita penduduk Bumi!!!

Di harapkan masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-51(atau 45?) kepada semua rakyat Malaysia. Tatkala kita semua menyambut hari kebangsaan masih lagi ada ahli politik yg tidak sayang mulut(kerana mereka sayang poket) dgn mengungkapkan bahawa kaum Cina adalah "pendatang"tetapi Pak Lah berkata mungkin Si Ahmad tu tak bermaksud mcm tu kot dan dia akan menasihatkan dia supaya tdk mengulanginya lagi... Yang paling mengagumkan ialah Pak Lah dlm ucapan Hari Kebangsaan baru baru ini mengatakan bahawa tiada bangsa yg lebih hebat dari satu bangsa lain dan Malaysia adalah kepunyaan semua Rakyat Malaysia (kita semua dah tahu semua ini LAH, asyik ulang benda yg kita dah tahu) .

Wah!!! Menakjubkan dan mengagumkan kerana saya tidak sedar bahawa Pak Lah mempunyai kehebatan membaca fikiran Ahmad Ismail serta menyelami perasaan beliau sehingga Pak Lah boleh bercakap mewakili Ahmad tetapi tidak dapat menyelami dan memahami perasaan Rakyat Malaysia yg ingin melihat beliau berundur secara terhormat(itupun kalau masih ada rasa hormat LAH) sebelum diundurkan oleh kuasa rakyat.

Kenapa masih ada ahli politik yg berfikiran zaman batu seperti itu? Cuba bayangkan apa yg akn terjadi kalau bukan bumiputra (selain org Umno) yg mengungkapkan ayat seperti itu pasti kena penangan C4 atau ISA dan ahli UMNO akan menjerit seperti pontianak dahagakan darah org itu. Difahamkan ahli politik dlm UMNO itu majoritinya Melayu dan beragama Islam(ialah, ada juga yg diberitakan menganut Hindu) tetapi melaksanakan undang undang serta prinsip yg bertentangan dgn ajaran Islam yg sebenar.

Harus diingatkan bahawa Malaysia takkan di kedudukkan seperti skrg tanpa usaha semua rakyat samaada Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Iban dan byk lagi... Kita semua yg memakmurkan Malaysia dan bukannya sesebuah kaum sahaja. Hapuskan terus perkataan Bumi dan Bukan Bumiputra kerana kita semua dilahirkan di Malaysia.... Memerdekakan Bangsa Malaysia satu perjuangan dan pasti mencapai kejayaan...

No comments: