Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan Forum Perbincangan Pemelukan Islam pada 9 Ogos 2008 Sabtu ini. Apa yg menarik perhatian saya bukanlah mengenai forum tersebut tetapi beberapa komen dari beberapa ahli politik ini dan juga pertubuhan yg kononnya mewakili Melayu dan Islam.
Bagi saya komen mereka itu lebih menarik dari forum tersebut walaupun ianya belum diadakan kerana bagi saya adalah jelas bahawa mereka itu (ahli politik) bodoh sombong atau tidak takut kepada Allah kerana mereka terlupa bahawa Islam itu bukan untuk satu satu kaum sahaja tetapi untuk semua. Kenapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa forum tersebut akan menaikkan kemarahan kaum Melayu? Apakah Islam hanya untuk Melayu sahaja? Saya Islam tetapi bukan Melayu tetapi bagi saya forum sebegitu rupa adalah baik untuk merapatkan hubungan sesama bangsa Malaysia kerana banyak salah faham timbul mengenai isu Pemelukan islam disebabkan kurang maklumat dan memperolehi maklumat yg kurang tepat.
"Jika majlis itu mahu meneruskannya, kata beliau, mereka memang mengundang padah termasuk kemarahan masyarakat Melayu".
Apakah wajar bagi seorang menteri mengeluarkan kenyataan di atas yg berbaur ugutan dan perkauman atau mereka ingin melindungi kepentingan diri sendiri dgn mengeluarkan kenyatann itu?
Memeluk Islam
Sebelum timbulnya isu ini, PM pernah menyuarakan satu cadangan untuk mereka yg berminat untuk memeluk Islam untuk memaklumkan kepada keluarga mereka untuk mengelak dari timbulnya masalah apabila mereka (pemeluk Islam) meninggal kelak. Pelbagai persoalan timbul dari cadangan ini.
- Bagaimana individu yg ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga @ saudara mereka dan bagaimana untuk membuktikan kepada pegawai yg akan mengislamkan individu tersebut yg mereka telah memaklumkan hasrat mereka kepada ahli keluarga?
- Jilakalau mereka yg ingin memeluk Islam diwajipkan mendapatkan tandatangan ahli keluarga mereka sebagai bukti mereka telah memaklumkan kepada ahli keluarga tetapi andai mereka menentang hasrat mereka untuk memeluk Islam, cuba anda fikirkan adakah mereka akan menurunkan tandatangan?
- Apakah tindakan pihak berwajip jikalau ahli keluarga mereka menentang hasrat mereka? Adakah boleh diteruskan hasrat individu tersebut memeluk islam?
Senanglah PM nak cadangkan itu ini sebab beliau tidak pernah mengalami proses pemelukkan Islam kerana dilahirkan Islam. Jgn dilupa juga bahawa Memeluk Islam itu adalah urusan hamba dgn Allah dan harus dilakukukan dengan sukarela tanpa paksa. Kami (muallaf) berhak menentukan nasib kami sendiri dan bukannya ahli politik yg cuba mencari glamour dgn membuat kenyataan seperti itu.
Saya menyokong diadakan forum seperti itu lebih kerap untuk menyalurkan maklumat yg lebih tepat kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.
Murtad @ Keluar dari Islam
Isu murtad dikalangan org Melayu dan muallaf hangat diperkatakan sebelum ini kerana kes kes mahkamah seperti Lina Joy dan banyak lagi. Dari kes begini timbullah pelbagai undang undang untuk menghalang kes murtad dari berleluasa. Persoalan yg timbul ialah:-
- Kenapa mahkamah syariah menolak permohonan mereka untuk keluar dari Islam?
- Kenapa diperuntukkan banyak undang undang menghalang murtad dan menyalahkan peyebaran agama lain di kalangan org islam sebagai punca?
Pada pendapat saya lebih baik membenarkan mereka yg ingin keluar Islam dengan syarat mereka melalui sesi kaunseling seperti mana mereka yg ingin memeluk Islam untuk memastikan tiada unsur paksaan yg mendorong tindakan mereka itu. Kenapa harus kita menghalang niat mereka untuk keluar dari Islam bila hati mereka sudah tidak bersama Islam. Dapat kita umpamakan ni seperti memaksa Isteri kita untuk hidup bersama sedangkan mereka sudah mengatakan secara jelas mereka sudah tiada perasaan sayang kepada kita. Bukankah lebih elok menjalani sesi kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan itu dari terus memaksa beliau untuk hidup bersama? Andaikata selepas sesi kaunseling berakhir, niatnya masih sama adalah lebih elok bercerai dari hidup bersama kerana sudah tiada rasa cinta dan sayang.
Mereka yg ingin memeluk Islam hendaklah melakukukan secara sukarela dan begitu juga dengan mereka yg ingin hidup sebagai Islam hendaklah memiliki keinginan dan ketakwaan.
Tindakan menghalang niat mereka itu akan memberikan gambaran kepada bukan Islam yg Islam ini adalah agama yg lemah kerana pihak berkuasa sanggup menyimpan seserog yg hatinya tidak lagi bersama Islam sebagai Islam. Apa maknanya Islam pada nama tetapi tidak mengamalkannya? Usahalah kita melakukan tugas Allah dengan menghukum mereka yg murtad kerana itu adalah urusan Allah dan hambanya. Tugas kita hanya untuk membimbing dan menasihat. Allahualam....
Thursday, August 7, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)